Powered by Blogger.

PRK PERMATA : DELEGASI KEPIMPINAN YANG MENJADI TARUHAN



Saya pasti ramai di kalangan sahabat-sahabat di Mu’tah, Jordan menanti tarikh keramat yang bakal menyaksikan naiknya tampuk kepimpinan baru bagi sesi seterusnya.

Dan saya kira tidak salah andai saya juga mengambil ‘part’ dalam gelanggang perbincangan dalam memilih pimpinan walaupun saya ibarat ‘budak khansyiaq’ ( istilah orang Kedah ) yang baru nak belajar hidup di sini.

Usah di bunuh demokrasi.

Tidaklah saya hendak melobi sesiapa pun bagi menaikkan mereka untuk menjadi ‘Chairman’ yang bakal memimpin Mu’tah untuk tenor seterusnya kerana saya pun tidak mengenali sesiapa pun secara lebih dekat secara peribadi.

Sekadar pergaulan dan perkenalan ukhuah Islamiah.

Apa pun kepimpinan yang di ketuai Saudara Syaheed Dato’ Seri Nizar bakal mengakhiri delegasi kepimpinannya tidak lama lagi.

Walaupun saya masih terlalu baru di sini, tetapi saya yakin bahawa beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya bersama ‘panglima-panglimanya’ dengan sebaik yang mungkin.

Kehebatan perjuangan ayahnya, menjadi inspirasi kepadanya!

Asas memilih pemimpin adalah sesuatu yang amat penting dan di titik beratkan dalam Islam.

Berbicara tentang ciri-ciri pimpinan yang di miliki oleh seseorang kepada sahabat-sahabat yang telah lama bergelumang dalam arena mahasiswa juga pentas kepimpinan, bagi saya tidaklah perlu di huraikan secara ‘daqiq’.

Saya yakin panduan-panduan yang di syarah dan di susun oleh pejuang haraki seperti as-Syahid Hasan al-Banna, juga pimpinan-pimpinan haraki yang lain sudah cukup menjadi ‘gurd line’ yang paling terbaik dalam kita mencorakkan ‘front liner’ di sesebuah kampus.

‘Hard skill’ adalah badan, maka ‘soft skill’ lah penghiasnya!

Pada saya ‘soft skill’ yang perlu dan wajib di hiasi dan di make up oleh seseorang yang bakal di nobatkan sebagai ‘panglima perang’ selepas adanya iman dan taqwa, adalah satu perkara.

AKHLAK DAN KEPERIBADIAN YANG BAKAL MENJADI QUDWAH BUAT RAKYAT JELATA!

Bagi saya, perencah rahsia hebatnya Rasulullah dalam mencorakkan kepimpinannya dan dalam melahirkan kader-kader yang hebat selepas baginda adalah watak dan keperibadian baginda sendiri yang tiada tolok bandingannya.

Andai kita bercakap tentang ciri-ciri yang perlu dimiliki bagi seseorang yang hendak memimpin, maka bagi saya selepas kita berbicara tentang perkara-perkara yang bersifat ‘waqi’iah’ maka sulaman selepas itu, seharusnya akhlak dan keperibadian seseorang menjadi taruhan!

Politik semasa seharusnya terbias juga kepada mahasiswa yang belajar di luar negara.

Di Jordan mempunya ‘empat negeri’ yang masing-masingnya di tadbir oleh ‘MB-MB’ yang di pilih dalam sistem PRK yang di ma’rufi.

Pada saya, orang akan melihat kelakuan juga keperibadian ‘MB’ yang dilantik. Dan segalanya juga mewakili seluruh gelagat rakyat jelata yang di pimpin.

Bukankah ‘addin ala mulukihim’ menjadi panduan asas kepada kita yang tahu agama?

Qiasnya mudah, andai pimpinan yang gemar bertalaqqi, menuntut ilmu, lembut dan sopan dalam tutur bicara, professional dalam gerak kerja, menjaga adab dan tatasusila dalam berkomunikasi dengan lawan jantina dan sebagainya, bukankah secara tidak langsung ia bakal melahirkan generasi serta kader kepimpinan yang bersifat sedemikian.

Juga andai ‘MB’ yang di lantik menonjolkan sikap yang berlawanan seperti bercouple, hebat dari segi ilmu tapi rendah dari segi syakhsiah, ego, pemarah dan sebagainya, bukankah ia bakal mengundang bala’ kepada negeri yang di pimpin untuk hari-hari yang mendatang.

Dengan seseorang pemimpin yang mempunyai ketinggian akhlaklah, maka saya yakin rakyat jelata yang berada di bawah tidak malu untuk mengatakan dan mengakui kepada rakyat di negeri lain bahawa “aku tinggal di negeri demikian, dan mempunyai pemimpin yang hebat sebegini dan sebegini”.

Saya tidak kata adanya di kalangan sahabat-sahabat yang bakal bertanding mempunyai ‘low attitude’.

Pentingnya lagi, saya tidak tahu siapa yang bakal bertanding juga tidak mengenali peribadinya secara dekat akan mereka-mereka yang di momokkan untuk di naikkan.

Apa yang saya lontarkan hanyalah bersifat pandangan peribadi yang dilalui berdasarkan pengalaman yang lepas.



Saya kira, andai sahabat-sahabat di Mesir boleh berbangga dengan adanya PMRAM yang ma’ruf akan hebatnya pimpinan yang silih berganti, maka untuk seterusnya saya yakin dan optimis sahabat-sahabat di Jordan juga boleh berbangga dengan wujudnya MPPMJ yang di bawahnya wujudnya PERMATA!

Selamat memilih pemimpin!

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP