Powered by Blogger.

CERITA UKHUAH SEBUAH USRAH..






Saya bersyukur kepada Allah…Di taman itu saya mengenal dan mempelajari banyak perkara.

Menemui adik beradik seaqidah..

Mempelajari harga sebuah kehidupan..

Juga mengenal erti sebuah tarbiah..

Dan dengan tarbiah lah saya menemui cerita sebuah usrah!

Betapa hebat jalan cerita yang Allah izinkan saya melaluinya!

Pulangnya saya ke Malaysia, sekali lagi Allah mengizinkan saya untuk menjejakkan kaki ke bumi barakah itu.

Banyak juga perubahan yang saya dapati.

Malah adik-adik usrah yang saya tinggalkan juga mengalami perubahan yang hebat dan membanggakan!

Tiada kalimat yang mampu di ucapkan bilamana saya berpeluang untuk bersua muka dengan adik-adik usrah saya yang di rindui!




Allah sahaja yang mengetahui jiwa ini..

Saya tidak kecil hati walau mereka tidak dapat memperuntukkan masa untuk hadir berusrah dengan saya.

Malah saya husnu dzhon dengan adik-adik saya.

Mereka sudah meningkat dewasa. Matang dari segi pemikiran dan tindakan. Selaku bekas naqib kepada adik-adik saya, tentu sekali saya teramat bangga kerana pencapaian yang mereka kecapi hari ini.

Al-Quran.

Akademik.

Akhlak.

Kepimpinan.

Cuma saya seronok mengusik mereka..(huhu)..Malah saya rasa senang bilamana hampir keseluruhan adik-adik usrah saya kini sudah bergelar naqib.

Ramai sungguh ‘cucu usrah’ saya..’Cucu usrah’ pula agresif, maka cepatlah mereka melahirkan ‘cicit usrah’ untuk saya!






( Aduhhh…minta maaf la cucu dan cicit usrahku, atok tak dapat nak tonjolkan siapa nenek korang!huhu..doa-doakan la ye mudah-mudahan korang sempat tengok siapa nenek korang!huhu..-gurau je)

Saya masih teringat detik-detik permulaan ketika mana baru berusrah dengan adik-adik usrah Qarny.

Betapa setiap hari saya memikirkan pelbagai method dan kaedah untuk segalanya.

Bagaimana hendak merapatkan ukhuah di kalangan mereka.

Bagaimana hendak membina minda seronoknya berusrah.

Bagaimana cara pengisian yang hendak di tonjolkan.

Bagaimana hendak membuang sikap ego di kalangan mereka.

Dan bagaimana caranya hendak mendoktrinkan bahawa saya adalah ‘Along’ mereka!






Betapa susahnya ketika itu..Biasa la, masing-masing datang dengan latar belakang keluarga dan akademik yang berlainan.

Namun, setiap hari saya yakin, saya mampu untuk mencapai segala jawapan yang di lontarkan itu.

Walau saya tidak ketemui sewaktu itu, namun Alhamdulillah..hari ini saya yakin mereka adalah produk yang di lahirkan dari syarikat usrah sdn bhd!

Ada ketika kelakar bila mana diingat kembali..tak kurang juga sedih dan sayu kenangan berusrah bersama mereka.

Biar saya sendiri yang simpan apa yang kelakar dan sedih itu.

Tapi ada salah satu kenangan yang saya rasa memang sampai bila-bila ia akan menjadi kenangan berusrah ketika saya di DQ.

Saya yakin, adik-adik usrah saya yang membaca artikel dari naqib yang ‘tak reti apa-apa’ akan teringat kembali kenangan tersebut.

Bagaimana saya di pulau hampir seminggu oleh adik-adik usrah saya di sebabkan mereka hendak membuat ‘surprise’ untuk menyambut hari lahir saya!

Aduhhh..konspirasi yang terancang ini, sampai bila-bila saya akan ingat ‘kejahatan’ mereka yang telah di lakukan ke atas saya! Huhu


Saya bersyukur kerana Allah telah menemukan saya dengan adik-adik saya yang ‘pelbagai ragam’ ini.

Ingin juga saya sampaikan ucapan terima kasih kepada adik-adik usrah saya.

Terima kasih segalanya-galanya..

Terima kasih kerana sudi terima Along sebagai naqib!

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP