Powered by Blogger.

..pulanglah buat selama-lamanya..Al-Fatihah..


Coretan tentang kematian bagi saya adalah coretan yang teramat memilukan. Ia adalah suatu ‘khayalan’ yang berbentuk pasti dan nyata yang akan di tempuhi dan di hadapi oleh semua manusia. Kerana ia bersifat ‘pastilah’ yang menjadikan manusia itu di tarbiyyah secara indirect dengan situasi ini.


Lama juga saya memikirkan untuk mencoret tentang berita yang mengejutkan yang di terima pada pagi ini.

Hati sebak…

Jiwa sayu…

Hanya Allah yang mengetahui perasaan ini..

Ibu Saudara saya yang di panggil dengan panggilan Mak Ngah pulang bertemu dengan Kekasih Maha Agung buat selama-lamanya.. Saya di khabarkan dari jauh yang Mak Ngah sakit agak tenat setelah di bawa masuk ke dalam hospital. Apabila hospital membenarkan almarhum di bawa keluar, selera makan makin kurang..

Ya..mungkin umurnya sudah hampir ke pengakhirannya..lama benar badan tua itu melewati hidup di pentas dunia ini..

Buat Almarmuhamah Mak Ngah..

Banyak benar jasa dan budi yang di taburkan buat diri ini..

Di semai pahala buat anak saudara yang pergi menuntut ilmu tanpa berasa lokek..

Menitipkan doa tanpa jemu agar tubuh baru ini berjaya di medan ilmu..

Menyayangi hati ini dengan nilaian ikhlas tanpa dusta..

Kedut yang terpampang di wajahmu adalah bukti lama benar liku hidup yang di lalui..

Bersemadilah di sisi suami tercinta yang pergi dahulu 10 tahun yang lalu..

Agar Allah temukan dua jiwa yang terpisah di bumi ke dalam Jannahnya kelak..

Moga mizan mu di penuhi dengan amalan kebaikan yang di semai dahulu..

..pergilah dahulu..kami pasti akan menyusuri kelak..

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ، مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَإِناَّ إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ ( وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ) أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.


…………………..Al-Fatihah…………………..


Read more...

VIDEO BEST: AQAD NIKAH TERBAIK DI ABAD INI~HAHA~

Read more...

...saya berkongsi, apa yang saya rasakan..


Masuk tahun ni, hampir 3 tahun saya berkelana menuntut ilmu di bumi orang, dan hampir 2 tahun juga saya tidak pulang ke Malaysia. Warna warni hidup di bumi orang terkadang membuatkan jiwa bergelora dan bercampur baur antara suka dan tidak. Perkara biasa, ada perkara yang kita boleh turuti dan ada juga yang membuatkan kita muak dan meluat dengan telatah manusia yang mengaku tinggal di dataran yang tanahnya di doakan rahmat oleh Rasulullah..


Ala, saya rasakan perkara sebegini adalah lumrah dan biasa. Kalau orang luar datang mahupun berkelana macam saya ke bumi Malaysia dan mengetahui akan ‘rahsia’ bumi hijau itu, saya rasakan tentu jauh lebih teruk tanggapan mereka terhadap Malaysia, negaraku yang terchenta..~lalala~

Sepanjang melayari kehidupan sebagai seorang pelajar di bumi Mu’tah ini, banyak perkara yang di lalui. Kesemuanya saya optimis ia adalah proses dalam mematangkan dan menyiapkan diri untuk masa akan datang.

Lemah..

Kuat..

Jatuh..

Bangun..

Di julang..

Di cemuh..

..dan sebagainya, adalah seni kehidupan yang mesti di lalui..Tinggal lagi, bagaimana kita menghadapinya.

Seperti tugas sebagai seorang pelajar. Ia adalah mustahil untuk di lucutkan. Juga duta Allah dan keluarga sama sekali mustahil bagi akal untuk di tanggalkan dari poket kehidupan. Baki lagi adalah taklifan kepimpinan yang di berikan kepercayaan oleh sahabat-sahabat untuk menjadi ‘front liner’ kepada mereka dalam memudahkan proses kehidupan di sini. Walau sudah ‘tamat tempohnya’, ia adalah satu anugerah melihat kemampuan diri yang menjadi cermin untuk akan datang.

Kesemuanya adalah ‘rempah ratus’ percubaan yang sedang kita selidiki. Kita cuba dan terus mencuba melakukan hipotesis untuk mencapai dan menghasilkan ‘persembahan’ yang sedaya upaya terbaik untuk semua.

Untuk Agama dan Ummat..

Untuk Keluarga..

Juga untuk diri sendiri..

Biar sedih, kecewa, lemah dan sebagainya atas kesilapan ‘persembahan’ hari ini. Kerana ia adalah tempoh ‘percubaan’ bagi kita..Bukankah Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui akan segala rahsia yang tidak di ketahui oleh hambanya?

Maka berbaik sangkalah kepada Allah..:)

Dan sudah semestinya saya sentiasa berbaik sangka kepada Rabbul Jalil terhadap apa yang saya alami selama ini.

Dan saya tuliskan apa yang saya lalui..

..juga saya kongsikan apa yang saya rasakan..

Read more...

..gomelan pertama..


Dalam meniti hidup ini, terkadang rasa waktu berlalu dengan begitu pantas dan cepat..meninggalkan segalanya dalam lipatan jutaan memori yang terindah. Kekadang rasa pelik, kekadang rasa sedih, kekadang jua rasa terhibur dengan segala yang disimpan dalam citra kehidupan yang telah berlalu..Hurmm..apa lagi yang di dustakan dalam nikmat yang telah berlalu?Apa lagi yang tidak dapat membuatkan kita bertambah matang dalam menjalani kehidupan kini? Apa lagi yang membuatkan kita rasa sedih dan sebagainya,sedangkan janjinya tetap pasti? Apa lagi yang membuatkan kita lupa dan lalai sedangkan banyak sudah peringatan yang telah kita lalui? Kerana kita adalah seorang manusia, mungkin itulah yang kita rasakan selama ini..

Jiwa yang tenang adalah suatu kurniaan oleh pencipta yang Maha Adil lagi Maha Agung kepada hambanya. Terkadang kita meraba-raba dalam hidup ini mencari suatu pedoman yang terkadang tidak pernah wujud dan terbaik untuk kita. Bukankah segalanya telah terbentang di hadapan kita? Bukankah hakikat yang hakiki itu telah kita fahami dengan jelas dan pasti? Pelik benar jiwa makhluk yang bergelar manusia..di nobatkan sebagai insan yang di kurniakan akal lantas di calonkan mereka yang terhebat di sisiNya andai berjaya memenangi takhta dan makhkota ketaqwaan..Kerana kita adalah seorang manusia, mungkin itulah yang kita rasakan selama ini..


‘‘Ya Allah..seandainya diri ini adalah di kalangan hambamu yang engkau pilih untuk membawa panji islam Mu, engkau pancarkanlah nur kasih Mu ke dalam jiwa yang penuh noda dan nista ini..Namun janganlah di jadikan diri ini pembakar yang akan memusnahkan Nur Islam Mu seandainya tidaklah diri ini dikalangan mereka itu..Hanya pada Mu jua aku pohon segalanya..”

Read more...

Doakan Saya..


Kalau nak di ikutkan, banyak cerita yang saya ingin kongsikan di laman sawang ini. Di tambah lagi dengan percutian yang mengukir seribu satu makna buat saya. Apatah lagi raya kali ini adalah kali pertama saya menyambut bersama keluarga setelah saya bergelar mahasiswa timur tengah.

Tahun ini genap 5 tahun keluarga saya menyambut hari raya tanpa abang Hud.

Buat kali pertama keluarga saya menyambutnya dengan kehadiran orang baru.

Cucu bagi Opah dan Tok Ayah, juga anak sedara pertama buat saya, abang dan adik saya.

Aisyah Humaira’.

Nama indah seindah ukiran sejarah nama yang pernah terlipat dalam kanvas sirah.

Pertama kali juga buat kakak saya menyambut Aidilfitri bergelar Ummi.


Segalanya cukup bermakna buat kami sekeluarga..


Dengan nilai yang tiada harga itulah, melahirkan anak-anaknya yang kini saya yakin mereka berbangga dengan kejayaan zuriat yang mereka didik dan tarbiahkan..

Terima Kasih buat pasangan kekasih hingga ke syurga..Ayahnda dan Bonda..!!

Apa pun pendek bangat saya rasa cuti ni..huhu

Sedar sedar..dah kat Jordan..


Musim baru dah menjelma..semangat pun mesti baru..kerana sekarang ramai bangat budak baru..segalanya mesti baruu!!

Read more...

13 OGOS..DOAKU PADAMU..



MOGA ALLAH MEMBERKATI KEHIDUPANKU..

MOGA ALLAH MEMANJANGKAN UMURKU DENGAN PENUH KEBERKATAN..

MOGA ALLAH LAPANGKAN DIRIKU DARI KESESAKAN YANG MENYEMPITKAN DADAKU..

MOGA ALLAH PENUHI JIWA DAN RAGAKU DENGAN ILMUNYA YANG TIDAK TERHITUNG BANYAKNYA..

MOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI BAGIKU..

MOGA ALLAH MUDAHKAN JALAN UNTUKKU MENCARI MUTIARA ILMU DIATAS BUMINYA..

MOGA ALLAH TERANGI HATI DAN KEHIDUPANKU DENGAN CAHAYA KEIMANAN DAN KETAQWAAN..

MOGA ALLAH JADIKAN DIRIKU SALAH SEORANG PEJUANG AGAMANYA..

MOGA ALLAH KEMBALIKAN DIRIKU PADANYA DALAM KEIMANAN..

MOGA ALLAH PEJAMKAN MATAKU DALAM KESYAHIDAN..

DAN MOGA ALLAH MASUKKAN DIRIKU DALAM SYURGA YANG KEKAL ABADI..

KERANA ITU..MOGA ENGKAU MAKBULKAN DOAKU..

Read more...

PRK PERMATA : DELEGASI KEPIMPINAN YANG MENJADI TARUHAN



Saya pasti ramai di kalangan sahabat-sahabat di Mu’tah, Jordan menanti tarikh keramat yang bakal menyaksikan naiknya tampuk kepimpinan baru bagi sesi seterusnya.

Dan saya kira tidak salah andai saya juga mengambil ‘part’ dalam gelanggang perbincangan dalam memilih pimpinan walaupun saya ibarat ‘budak khansyiaq’ ( istilah orang Kedah ) yang baru nak belajar hidup di sini.

Usah di bunuh demokrasi.

Tidaklah saya hendak melobi sesiapa pun bagi menaikkan mereka untuk menjadi ‘Chairman’ yang bakal memimpin Mu’tah untuk tenor seterusnya kerana saya pun tidak mengenali sesiapa pun secara lebih dekat secara peribadi.

Sekadar pergaulan dan perkenalan ukhuah Islamiah.

Apa pun kepimpinan yang di ketuai Saudara Syaheed Dato’ Seri Nizar bakal mengakhiri delegasi kepimpinannya tidak lama lagi.

Walaupun saya masih terlalu baru di sini, tetapi saya yakin bahawa beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya bersama ‘panglima-panglimanya’ dengan sebaik yang mungkin.

Kehebatan perjuangan ayahnya, menjadi inspirasi kepadanya!

Asas memilih pemimpin adalah sesuatu yang amat penting dan di titik beratkan dalam Islam.

Berbicara tentang ciri-ciri pimpinan yang di miliki oleh seseorang kepada sahabat-sahabat yang telah lama bergelumang dalam arena mahasiswa juga pentas kepimpinan, bagi saya tidaklah perlu di huraikan secara ‘daqiq’.

Saya yakin panduan-panduan yang di syarah dan di susun oleh pejuang haraki seperti as-Syahid Hasan al-Banna, juga pimpinan-pimpinan haraki yang lain sudah cukup menjadi ‘gurd line’ yang paling terbaik dalam kita mencorakkan ‘front liner’ di sesebuah kampus.

‘Hard skill’ adalah badan, maka ‘soft skill’ lah penghiasnya!

Pada saya ‘soft skill’ yang perlu dan wajib di hiasi dan di make up oleh seseorang yang bakal di nobatkan sebagai ‘panglima perang’ selepas adanya iman dan taqwa, adalah satu perkara.

AKHLAK DAN KEPERIBADIAN YANG BAKAL MENJADI QUDWAH BUAT RAKYAT JELATA!

Bagi saya, perencah rahsia hebatnya Rasulullah dalam mencorakkan kepimpinannya dan dalam melahirkan kader-kader yang hebat selepas baginda adalah watak dan keperibadian baginda sendiri yang tiada tolok bandingannya.

Andai kita bercakap tentang ciri-ciri yang perlu dimiliki bagi seseorang yang hendak memimpin, maka bagi saya selepas kita berbicara tentang perkara-perkara yang bersifat ‘waqi’iah’ maka sulaman selepas itu, seharusnya akhlak dan keperibadian seseorang menjadi taruhan!

Politik semasa seharusnya terbias juga kepada mahasiswa yang belajar di luar negara.

Di Jordan mempunya ‘empat negeri’ yang masing-masingnya di tadbir oleh ‘MB-MB’ yang di pilih dalam sistem PRK yang di ma’rufi.

Pada saya, orang akan melihat kelakuan juga keperibadian ‘MB’ yang dilantik. Dan segalanya juga mewakili seluruh gelagat rakyat jelata yang di pimpin.

Bukankah ‘addin ala mulukihim’ menjadi panduan asas kepada kita yang tahu agama?

Qiasnya mudah, andai pimpinan yang gemar bertalaqqi, menuntut ilmu, lembut dan sopan dalam tutur bicara, professional dalam gerak kerja, menjaga adab dan tatasusila dalam berkomunikasi dengan lawan jantina dan sebagainya, bukankah secara tidak langsung ia bakal melahirkan generasi serta kader kepimpinan yang bersifat sedemikian.

Juga andai ‘MB’ yang di lantik menonjolkan sikap yang berlawanan seperti bercouple, hebat dari segi ilmu tapi rendah dari segi syakhsiah, ego, pemarah dan sebagainya, bukankah ia bakal mengundang bala’ kepada negeri yang di pimpin untuk hari-hari yang mendatang.

Dengan seseorang pemimpin yang mempunyai ketinggian akhlaklah, maka saya yakin rakyat jelata yang berada di bawah tidak malu untuk mengatakan dan mengakui kepada rakyat di negeri lain bahawa “aku tinggal di negeri demikian, dan mempunyai pemimpin yang hebat sebegini dan sebegini”.

Saya tidak kata adanya di kalangan sahabat-sahabat yang bakal bertanding mempunyai ‘low attitude’.

Pentingnya lagi, saya tidak tahu siapa yang bakal bertanding juga tidak mengenali peribadinya secara dekat akan mereka-mereka yang di momokkan untuk di naikkan.

Apa yang saya lontarkan hanyalah bersifat pandangan peribadi yang dilalui berdasarkan pengalaman yang lepas.



Saya kira, andai sahabat-sahabat di Mesir boleh berbangga dengan adanya PMRAM yang ma’ruf akan hebatnya pimpinan yang silih berganti, maka untuk seterusnya saya yakin dan optimis sahabat-sahabat di Jordan juga boleh berbangga dengan wujudnya MPPMJ yang di bawahnya wujudnya PERMATA!

Selamat memilih pemimpin!

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP