Powered by Blogger.

...saya berkongsi, apa yang saya rasakan..


Masuk tahun ni, hampir 3 tahun saya berkelana menuntut ilmu di bumi orang, dan hampir 2 tahun juga saya tidak pulang ke Malaysia. Warna warni hidup di bumi orang terkadang membuatkan jiwa bergelora dan bercampur baur antara suka dan tidak. Perkara biasa, ada perkara yang kita boleh turuti dan ada juga yang membuatkan kita muak dan meluat dengan telatah manusia yang mengaku tinggal di dataran yang tanahnya di doakan rahmat oleh Rasulullah..


Ala, saya rasakan perkara sebegini adalah lumrah dan biasa. Kalau orang luar datang mahupun berkelana macam saya ke bumi Malaysia dan mengetahui akan ‘rahsia’ bumi hijau itu, saya rasakan tentu jauh lebih teruk tanggapan mereka terhadap Malaysia, negaraku yang terchenta..~lalala~

Sepanjang melayari kehidupan sebagai seorang pelajar di bumi Mu’tah ini, banyak perkara yang di lalui. Kesemuanya saya optimis ia adalah proses dalam mematangkan dan menyiapkan diri untuk masa akan datang.

Lemah..

Kuat..

Jatuh..

Bangun..

Di julang..

Di cemuh..

..dan sebagainya, adalah seni kehidupan yang mesti di lalui..Tinggal lagi, bagaimana kita menghadapinya.

Seperti tugas sebagai seorang pelajar. Ia adalah mustahil untuk di lucutkan. Juga duta Allah dan keluarga sama sekali mustahil bagi akal untuk di tanggalkan dari poket kehidupan. Baki lagi adalah taklifan kepimpinan yang di berikan kepercayaan oleh sahabat-sahabat untuk menjadi ‘front liner’ kepada mereka dalam memudahkan proses kehidupan di sini. Walau sudah ‘tamat tempohnya’, ia adalah satu anugerah melihat kemampuan diri yang menjadi cermin untuk akan datang.

Kesemuanya adalah ‘rempah ratus’ percubaan yang sedang kita selidiki. Kita cuba dan terus mencuba melakukan hipotesis untuk mencapai dan menghasilkan ‘persembahan’ yang sedaya upaya terbaik untuk semua.

Untuk Agama dan Ummat..

Untuk Keluarga..

Juga untuk diri sendiri..

Biar sedih, kecewa, lemah dan sebagainya atas kesilapan ‘persembahan’ hari ini. Kerana ia adalah tempoh ‘percubaan’ bagi kita..Bukankah Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui akan segala rahsia yang tidak di ketahui oleh hambanya?

Maka berbaik sangkalah kepada Allah..:)

Dan sudah semestinya saya sentiasa berbaik sangka kepada Rabbul Jalil terhadap apa yang saya alami selama ini.

Dan saya tuliskan apa yang saya lalui..

..juga saya kongsikan apa yang saya rasakan..

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP