Powered by Blogger.

Cerita Sedih Dari Jordan..



Itu yang boleh saya katakan…Masuk hari ini, hampir seminggu saya bersama ‘keluarga bahagia Bayt Dimasyq’ di timpa musibah. Segalanya bermula pada hari khamis, 28 hb Mei 2009..

28 hb 2009

Peliknya bilamana tiba-tiba black out. Saya ingatkan mungkin perkara biasa. Tapi ada perkara luar biasa telah berlaku.

Seorang pegawai dari syarikat elektrik datang untuk memotong bekalan elektrik dari rumah yang saya bersama adik beradik yang lain diami. Dashyatnya, kami dituduh mencuri elektrik selama ini!

Wah, ini sudah melampau!

Hebatnya lagi, mereka memotong wayar yang terus bersambung dengan tiang elektrik dihadapan rumah!

Ini bukan setakat dahsyat, ini tiada perasaan dan sikap tolak ansur!

Maka bermula dari saat itulah, ‘rumah agam Bayt Dimasyq’ bergelap..

Kami terpaksa membayar tunggakan yang dikatakan berpunca daripada kami. Padahal, selama saya bersama adik-beradik junior baru duduk, seingat saya, kami tak pernah ‘kantoi’ untuk menjelaskan pembayaran.

Apatah lagi adik beradik senior yang lain..

Andai kami hendak melihat Bayt Dimasyq kembali bercahaya, maka syarikat kahraba’ ( syarikat elektrik ) meminta kami membayar segala hutang yang dikatakan tertunggak.

JD 3400 ribu = RM 16 ribu!!
WAH!!!! INI SATU KEZALIMAN YANG TERAMAT NYATA!!

Kami semua bingung… Apatah lagi saya serta adik beradik junior yang lain..

Abang Said memberitahu, ini adalah berpunca dari ahli rumah yang sebelum budak melayu
menetap di situ.

( Budak arab pernah tinggal di sini sebelum generasi pertama – Abang Said bersama senior-senior yang lain – menetap di sini pada tahun 2006. )
Ini bermakna kami menanggung dosa silam yang lampau!

Cuma peliknya andai di fikirkan secara logik akal orang yang waras, selama ini pekerja syarikat kahraba’ yang datang untuk ‘cek’ elektrik setiap bulan, tak kanlah mereka tak dapat ‘detect’ akan perkara luar biasa yang berlaku pada ‘box’ elektrik tu!

Ini memang satu perkara yang pelik bin ajaib!

Tak kanlah selama hampir 4 tahun budak melayu tinggal disini, bermula dari tahun 2006 sehinggalah tahun 2009 baru ‘dosa’ itu dihadapkan untuk di hukum!

Yang ni LAW OF JUNGLE!!

Bingung..pening..serabut kami semua dibuatnya..

Kebanyakkan kami semua akan menghadapi exam dalam minggu ini..Abang Said mencadangkan agar berpindah secepat mungkin.

Nak kena cari rumah lagi..

Exam lagi..

Hutang berlipat kali ganda lagi..

Ya Allah..saya tak dapat gambarkan perasaan basyariah saya ketika itu..

Saya ‘off’ di Bayt Malizi untuk malam itu……..

29 hb Mei 2009

Kami memulakan operasi mencari rumah kosong untuk didiami..Abang Said mengetuai ‘ OPS LALANG’ seusai solat jumaat selesai.

Penat, letih, tertekan dan sebagainya, hanya Allah sahaja yang mengetahui..Saya hanya mampu mendiamkan diri, merendahkan gelombang tekanan dengan gelombang keimanan agar segala yang negatif tidak menguasai diri.

Positifkan diri..

30 hb Mei 2009

Exam bermula hari ini.

Saya cuba menjawab dengan penuh ketenangan..

Alhamdulillah, soalan-soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan bantuan daripada Allah..

Pencarian diteruskan. ( Rasanya macam explorace la pulak.. ).

Selepas solat isyak, kami adik beradik berkumpul untuk disatukan maklumat mengenai rumah.

Perbincangan dibuat..

Kami terpaksa dipecahkan kepada 2 kumpulan.

Berat sangat rasanya.

Walaupun saya masih baru di dalam ‘keluarga Dimasyq’ ini, tapi manis rasanya bilamana Allah kurniakan ‘keluarga’ yang pelbagai ragam dan latar belakangnya.

Semuanya berlaku dalam keadaan terpaksa..

Suasana agak tegang sedikit bilamana datang wakil tuan rumah untuk mengutip duit sewa bulanan.

Terbeliak biji matanya apabila mengetahui bayaran tunggakan elektrik yang tak masuk akal itu. Abang Said bertegas untuk tidak menjelaskannya selagimana elektrik tidak di sambungkan.

Tanggungjawab harus dipikul oleh tuan rumah!

Itu penegasan yang kami terpaksa buat!

Dan malam itu juga adalah malam terakhir Abang Said bersama kami serta hari terakhir beliau melalui liku-liku kehidupan sebagai mahasiswa timur tengah selama 6 tahun di Jordan.

Malam kembali menyelimuti bumi Mu’tah..

31 hb Mei 2009

( Terima kasih atas segala jasa baik yang Abang Said sumbangkan. Moga Allah membayar segalanya dengan nikmat pahala yang berlipat kali ganda..)

Hari ini, kami terpaksa berlajar berdikari. Dan hari ini juga adalah hari yang lebih tertekan berbanding hari-hari yang lepas.

Tiga kali wakil tuan rumah datang menuntut sewa rumah.

Ringkas ceritanya, kami sepakat keluar untuk bermalam di luar. Sebelum maghrib menjelma, saya serta adik beradik yang lain keluar beramai-ramai untuk melepaskan tekanan dari ‘aura hitam rumah agam’ ini.

Salah seorang daripada ahli rumah terlewat keluar.

Rupanya mereka masih tidak berpuas hati dengan ‘kedegilan’ kami. Akibatnya, masalah baru ditimbulkan.

Pasport ahli rumah yang terlewat keluar di tuntut untuk di jadikan sebagai ‘tebusan’!

Tekanan bertambah..dada dan perasaan saya terasa ‘sempit’ sangat.

Allah sahaja yang mengetahui bagaimana saya cuba mengawal perasaan yang diciptakanNya..

Kami tidak salahkan adik beradik kami yang seorang itu. Masakan tidak diberinya.

4 orang vs seorang!

Fikir sendirilah perasaanya ketika itu..

Setelah berbincang dengan presiden persatuan disini, masalah ini di bawa ke peringkat atasan.

Malaysian Student Department ( MSD ).

Saya kembali study dibawah lilin untuk seterusnya…

1 hb Jun 2009

Pagi itu, Syahid Nizar, presiden persatuan datang ke Bayt Dimasyq bersama dengan wakil tuan rumah.

Beliau adalah bapa mertua kepada tuan rumah kerana tuan rumah yang kami diami sekarang sedang di ‘ISA’ kan.

Orangnya kelihatan lebih ‘manusia’ berbanding mereka yang datang semalam.

Alhamdulillah, passport di kembalikan. Tapi bersyarat.

Kami terpaksa membayar sewa bulanan seperti biasa.

Maka kami tiada pilihan lain..

JD 200 = RM 1000..

Keadaan kembali kepada masalah asal. Rumah sudah di bayar sewa untuk sebulan. Kami mempunyai masa untuk membuat pilihan dan keputusan.

Tapi, ‘kegelapan’ tetap menjadi teman bagi saya serta adik beradik yang lain untuk hari-hari yang seterusnya..

2 hb Jun 2009

Hari ini last paper bagi final exam tahun satu pengajian saya di sini.

Semalam exam Ulum Quran, saya hanya mampu pasrah akan segala keputusan yang bakal saya perolehi.

Alhamdulillah, Ulum Hadis hari ini saya dapat menjawab dengan tenang kembali.

Segalanya selesai apa yang berkaitan dengan exam.

Cuma masalah rumah tetap tidak berubah.

Semalam wakil tuan rumah berjanji untuk ke pejabat kahraba’ untuk meneliti segala bil-bil yang berkaitan dengan rumah kami.

Andai di dapati kami bersalah, maka ‘dosa’ yang tercipta di masa lampau terpaksa kami yang menanggungnya.

Begitu juga sebaliknya.

Cuma hari ini beliau tidak dapat pergi ke pejabat kahraba’ bersama presiden persatuan.

Entahlah sebab apa.

Tapi biasa la janji arab…

Rumah agam Bayt Dimasyq masih suram..

3 hb Jun 2009

Ketika ‘bermesyuarat’ bersama adik beradik yang lain, ini yang saya nyatakan.

1) Andai kami berpindah dari Bayt Dimasyq, maka 2 perkara yang terpaksa kami bersama tanggung dan bersedia hadapi untuk akan datang.

- Kos untuk memperbaiki rumah :

saya tak pasti adat ataupun undang-undang di sini, andai hendak berpindah ke rumah lain, maka si penyewa kena menyediakan kos penyelenggaraan untuk membaik pulih rumah selama mana didiami

Pelik kan..

2) Andai didapati kahraba’ yang dikatakan tertunggak itu berpunca daripada kami
( terpaksaletakkan tanggungjawab di bahu kami la..), maka kami terpaksa menjelaskannya walaupun kami berpindah.

Situasinya sama sahaja andai kami berpakat tidak berpindah. Cuma dari segi kos membaik pulih rumah tidak perlu ditanggung…

Itu yang saya nyatakan kepada adik beradik saya yang lain.

Akhirnya kami berpakat untuk melakukan tawakkal kepada Allah dengan membaca yasin 7 ‘mubin’ beramai-ramai selama 3 hari.

Memohon kepada Allah agar diberi dan dipandu ke arah jalan keluar yang paling terbaik.

Pada masa yang sama, konsep praktikalnya, tidaklah di abaikan.

Untuk kesekian kalinya, rumah yang didiami masih lagi ‘berselimutkan kegelapan’.

Cumanya, saya bersyukur kerana ujian yang di lalui menguji segalanya.

Ukhuah..

Pertimbangan perasaan..

Pertimbangan dalam membuat keputusan..

Dan yang lebih penting, lemahnya hamba yang bergelar manusia andai ‘Penciptanya’ di lupakan..

Ya Allah..bantulah kami…

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP