Powered by Blogger.

Arif Rajoli yang saya kenal.



Sebenarnya saya terkejut juga bila mendapat tahu sahabat saya masuk tv. Tambah-tambahan lagi di sebabkan masalah peribadi yang di gembar gemburkan oleh pihak media. Hebat lagi, di terjah oleh Melodi! Wah..memang sensasi!!
Kebetulan saya dapat tahu dari rakan sebilik yang juga rakan sepengajian di Darul Quran dahulu, Hamzah. Dia mendapat berita ini daripada kakaknya dari Malaysia yang memberitahu tentang cerita ini. Memang terkejut di buatnya kami di sini.
Saya dan Hamzah terus menonton rancangan Melodi melalui online. Memang betul dan sahih akan apa yang di khabarkan. ( Memang power la ko Arif! hehehe.. ). Pihak Melodi telah menemuramah akan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penjelasan. Dan saya pun tidaklah berminat untuk mensensasikan lagi hal peribadi orang, tambah-tambahan lagi dia adalah sahabat baik saya .
Cuma saya sekadar hendak mencoretkan secara ringkas di sini..Saya kenal siapa Arif Rajoli!
Walaupun di ruangan komen dalam rancangan Melodi ada dikalangan penonton yang meletakkan komen secara sinis dan peril, namun kurang adil kalau segalanya dikaitkan dengan anugerah Allah yang di kurniakan kepada beliau turut disabitkan.
Kenapa perlu title Hafiz Quran 30 juz di high light kan? Adakah di sebabkan sahabat saya anak kepada artis maka itu yang perlu di sensasikan? Saya kurang pasti..
Biarpun di ruangan komen ataupun ‘individu’ tersebut bebas melemparkan sindiran yang amat tajam di halaman online mahupun tatapan penduduk seMalaya, namun saya yakin, sahabat-sahabat satu batch dengan saya amat kenal dengan peribadi Arif.
Arif yang saya kenal tidaklah seperti apa yang di fahamkan oleh mereka yang sekadar menonton rancangan tersebut. Lihat sudah gaya percakapan beliau yang mahu mencari titik persefahaman di kedua-dua belah pihak keluarga. Dia seorang yang kelakar dan pandai mengambil hati orang lain. Saya yakin, sahabat-sahabat saya turut bersetuju dengan saya.
Cumanya dia bukanlah seorang malaikat mahupun mereka yang di kurniakan dengan anugerah maksum. Dia juga manusia biasa. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan diantara sesama manusia. Biarlah adil dalam kita menilai seseorang itu..
Buat sahabatku Arif, didoakan agar segalanya kembali jernih..Semoga tabah dan sabar meniti kehidupan di alam bermasyarakat..Salam memori Syukbah Dakwah 05/08!!

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP